BANDARAYA KUALA LUMPUR TERIMA CAWANGAN ISUZU TERBAHARU
Pelanggan dan pemilik kenderaan Isuzu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur kini mempunyai sebuah lagi mercu tanda baharu yang akan memudahkan mereka untuk membeli dan menyelenggara kenderaan Isuzu melalui pembukaan Pusat 3S Isuzu Autoexec Corporation hari ini.
Terletak di Jalan Tun Razak yang sibuk dan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, cawangan baharu itu menawarkan lokasi yang mudah dan selesa untuk pelanggan mencari kenderaan Isuzu yang ideal, sama ada dari barisan trak pikap atau trak komersial. Pembukaan Pusat 3S Isuzu Autoexec Corporation Jalan Tun Razak yang baharu ini juga menandakan perpindahan serta pengembangan operasi dari cawangan 1S sebelum ini yang terletak di Jalan Semarak ke premis baharu yang lebih besar. Ini merupakan cawangan ketiga Isuzu yang dikendalikan oleh Autoexec Corporation di Kuala Lumpur.
Majlis perasmiannya dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, bersempena dengan pengenalan barisan trak pikap Isuzu D-Max 2.2-liter turbodiesel baharu. Berucap dalam majlis tersebut, Yamaguchi menyatakan komitmen Isuzu untuk menawarkan produk yang bukan hanya memenuhi, bahkan melebihi keperluan pelanggan.
“Pembukaan Pusat 3S Isuzu baharu dengan identiti korporat terkini, yang terletak berhampiran pusat bandaraya Kuala Lumpur dijangka akan meningkatkan lagi kehadiran Isuzu sekali gus meningkatkan minat terhadap barisan produk kami yang mempunyai tarikan khusus bagi pengguna di kawasan bandar. Saya percaya bahawa kenderaan Isuzu turut mampu memenuhi keperluan pengguna urban,” kata Yamaguchi.
Menampilkan bilik pameran baharu yang terdiri daripada ruang pamer utama, ruang serahan kenderaan pelanggan, ruang menunggu serta sudut cenderahati, cawangan baharu ini hadir dengan kemudahan lebih lengkap untuk memberikan pengalaman moden serta canggih kepada pelanggan dengan turut menampilkan teknologi digital dan maya terkini. Cawangan ini juga menawarkan sokongan lepas jualan untuk semua kenderaan Isuzu, termasuk trak pikap dan juga trak komersial.
Pembukaan Pusat Isuzu 3S Autoexec Corporation yang baharu ini juga sangat bertepatan dengan pengenalan model Isuzu D-Max dengan enjin 2.2 liter turbodiesel baharu yang turut menawarkan varian Single Cab Automatic yang pertama di Malaysia. Ini menjadikan semua model Isuzu yang ditawarkan dalam pasaran ketika ini — sama ada D-MAX, ELF, FORWARD atau GIGA — hadir dalam pilihan kotak gear manual atau automatik untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan.
Dengan bilik pameran yang dibuka setiap hari, pelanggan digalakkan untuk mengunjungi Pusat Isuzu 3S Autoexec Corporation baharu ini bagi merasai dan mendekati sendiri kenderaan Isuzu idaman, terutamanya barisan trak pikap Isuzu D-Max 2.2 liter turbodiesel lapan-kelajuan baharu yang menawarkan prestasi, keselesaan serta penjimatan bahan api yang unggul.
Operasi lepas jualan tersedia dari Isnin hingga Sabtu bermula 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Ruang servis yang tersedia pula boleh memuatkan sebuah trak komersial dan sebuah trak pikap serentak. Pusat Isuzu 3S Autoexec Corporation yang baharu ini terletak di 21, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
- Hits: 11