KDEB Waste Management Miliki Negeri Selangor Menerima 51 Unit Trak Tugas Sederhana Ud Trucks Croner Euro 5
KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), iaitu entiti milik penuh kerajaan negeri Selangor yang menguruskan kutipan sisa domestik dan perkhidmatan pembersihan awam, telah menerima penghantaran sebanyak 51 unit trak tugas sederhana UD Trucks model Croner Euro 5, di mana trak-trak tersebut telah beroperasi untuk kutipan sisa.
Trak-trak UD Croner yang diterimai KDEBWM itu adalah daripada satu pesanan pembelian yang dibuat melalui Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), iaitu pengedar sah dan eksklusif untuk UD Trucks di Malaysia. Disebabkan saiz pesanan yang besar, penghantaran trak-trak tersebut kepada KDEBWM telah dilaksanakan secara berkelompok dan berperingkat selama beberapa bulan, selaras dengan kawalan kualiti dan prosedur bina badan.
Dalam acara penyerahan yang terbaru ini, TCIE telah menghantar sebanyak 23 unit trak Croner Euro 5 untuk perlaksanaan kerja-kerja pengutipan dan pengurusan sisa di Sepang. Acara itu disempurnakan dengan majlis perasmian penyerahan kenderaan di perkarangan Majlis Perbandaran Sepang, dan dihadiri oleh Dato' Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM, Dr Hajah Ani binti Ahmad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, dan Loh Thim Choy, Ketua Pegawai Operasi TCIE.
Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan, KDEBWM berkongsi, "Kesemua kenderaan UD Trucks Croner Euro 5 baharu yang kami telah terima sudah pun beroperasi dalam melaksanakan tugas pembersihan, dan ternyata menjadi pilihan terbaik dalam mempertingkatkan lagi kecekapan armada kami. Kami memilih UD Trucks Croner Euro 5 kerana prestasi enjinnya, emisi yang lebih bersih, tempoh operasi yang lebih baik, saiz badan 19 tan, ruang kabin yang luas dan selesa untuk krew, serta sokongan yang kukuh dan konsisten oleh TCIE.
"KDEBWM kini berkhidmat di 12 majlis perbandaran di Selangor, di mana kami menguruskan kutipan sisa dari kawasan perumahan, taman awam, serta kawasan perindustrian dan komersil. Kenderaan UD Trucks Croner Euro 5 baharu adalah tambahan yang bagus terutamanya semasa kutipan sisa musim tinggi di mana ketepatan masa dan kecekapan adalah penting. Tambahan lagi, majlis-majlis perbandaran di bawah bidang kuasa kami kini mempunyai kawasan yang baru dibangunkan dan memerlukan perkhidmatan kami. Dengan tugasan yang meningkat ini, kami memerlukan trak yang boleh beroperasi dengan sempurna dan membantu kami dalam memastikan persekitaran Selangor sentiasa bersih dan sihat,” katanya.
Kesemua unit casis UD Trucks Croner Euro 5 untuk KDEBWM telah diperoleh dalam bidaan tender terbuka melalui kerjasama antara TCIE dan rakan kongsi pembina badan trak. KDEBWM mula memiliki kenderaan komersial UD Trucks pada tahun 2016 dengan tujuh trak. Kini, KDEBWM memiliki hampir 150 unit kenderaan UD Trucks, setelah mengambil kira kesemua trak-trak baharu yang sebanyak 51 unit ini,
Keiichiro Ochiai, Pengarah Wilayah untuk Asia Tenggara & Asia Timur, UD Trucks berkata, "Kami gembira kerana trak Croner Euro 5 kami memenuhi semua keperluan KDEBWM dan dapat membantu melaksanakan peranan pentingnya dalam memastikan kebersihan negeri Selangor. Trak ini menawarkan pelbagai ciri yang dapat meningkatkan masa operasi, produktiviti, kecekapan kos dan juga mengurangkan impak alam sekitar. Secara keseluruhannya, UD Trucks Croner Euro 5 ini akan memastikan tugasan boleh dselesaikan dengan lebih cepat, berkesan dan selamat.”
Sementara itu, Loh Thim Choy, Ketua Pegawai Operasi TCIE seterusnya berkongsi semasa acara penyerahan itu, "TCIE berbesar hati dapat memenuhi keperluan KDEBWM dengan kenderaan tugas sederhana UD Trucks Croner Euro 5 kami. Trak ini dibina untuk menyediakan kebolehpercayaan, keselamatan, kecekapan dan serba boleh untuk memenuhi keperluan khusus bagi pelbagai tugas pengangkutan, seperti pengurusan sisa yang penting. Kami komited dalam memberi sokongan penuh kepada KDEBWM untuk membantunya memenuhi tanggungjawab perkhidmatan awam yang penting ini.
- Hits: 24